Tuesday, April 7, 2009

Makam Tun Teja


Makam yang terletak di merlimau ini dipercayai Makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara Pahang. Beliau adalah tunangan Yang Dipertua Pahang iaitu Sultan Abdul Jamil. Mengikut Sejarah Melayu Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang oleh Hulubalang Hang Nadim untuk diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Hasil dari perkongsian hidup ini baginda berdua dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa pengunduran Sultan Mahmud Syah dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja telah mangkat dan dipercayai dimakamkan di sini iaitu di Solok Mentaja dengan penuh kehormatan.
Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi bahkan seorang isteri yang setia serta disayangi oleh Sultan dan telah menumpukan sepenuh taatsetia kepada negeri ini.
Beliau juga telah membangkitkan semangat kepahlawanan dikalangan wanita melayu negeri ini untuk turut sama mempertahankan negeri ini dari serangan Portugis, segala jasa dan pengorbanan beliau akan tetap dikenang buat selamanya.

No comments: