Monday, April 13, 2009

Gotong Royong Perdana 2009

Pada 11 April 2009 yang lepas, Komuniti BESTARI DUN Merlimau telah menganjurkan Program Gotong-royong Perdana anjuran bersama PIBG S.K Chinchin, Belia dan Persatuan Penduduk Taman Seri Chinchin. Antara VIP yang turut turun padang pada hari tersebut ialah YB Datuk Mohd. Hidhir bin Abu Hasan (ADUN Merlimau), En. Halim Ahmad (Pegawai Daerah Jasin), EN. Lazan bin Ali (Penghulu DUN Merlimau), dan Pengerusi JKKK Chinchin iaitu En. Mustap.
Program ini mendapat kerjasama yang baik dari penduduk kampung sendiri. Dibawah adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.


Kain rentang yang dipasang di pagar sekolah SK Chinchin.


Antara VIP yang hadir pada hari tersebut

Ucapan alua-aluan dari En. Mustap, Pengerusi JKKK Kg. Chinchin

Ucapan dari En. Halim Ahmad, Pegawai Daerah Jasin

Ucapan Perasmian dari YB Datuk Mohd. Hidhir bin Abu Hasan

Penduduk kampung bersiap-sedia untuk bergerak ke tempat yang telah dibahagikan

Pelajar-pelajar dari IKM membantu mengecat TABIKA Kg. Chinchin


Penduduk kampung sedang membersihkan kawasan belukar

YB Datuk yang turut sama turun padang bergotong-royong

Kaum ibu juga turut sama membantu

Friday, April 10, 2009

Kabinet 2009. Tahniah!!

Tahniah kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana dilantik menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan juga Datuk Joseph Salang Gandum dan Senator Heng Seai Kie sebagai Timbalan Menteri.

Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - Perpaduan & Pengurusan Prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - Perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - Hal Ehwal Islam

Timbalan-Timbalan Menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK DevamanyAhmad Maslan
T Murugiah

Menteri Kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri Kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri Pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri Kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri Luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong ChikRaja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Thursday, April 9, 2009

Homestay Kg. Pulai, Merlimau



KAMPUNG PULAI telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian Program Homestay Peringkat Negeri Melaka pada 3 April 1997 oleh Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Zin Bin Ab. Ghani, Ketua Menteri Melaka pada ketika itu. Kampung Pulai ini dahulunya dikenali sebagai Pulai Timur dan seterusnya ditukar namanya kepada Pulau Gupung.
Penempatan awal penduduk kampung ini adalah daripada golongan kerabat Daeng Talib pada tahun 1844. Kini kampung ini telah berubah dari aspek pendidikan, kemudahan infrastruktur dan ekonomi.
“Kampung Pulai Desaku Permai” merupakan slogan yang telah digunakan sebagai tarikan pelancong iaitu sejajar dengan pembangunan dan kemajuan kampung ini.
LokasiHomestay Kampung Pulai terletak kira - kira 25 km dari Bandar Melaka dan 15 km dari sempadan Muar – Johor. Untuk sampai ke Homestay Kampung Pulai para pengunjung boleh menggunakan Jalan Melaka – Muar atau Lebuhraya Empat lorong Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ).
Alamat:
HomeStay Kg. Pulai
Management Office Kg. Pulai,
KM 17, Kg. Pulai,
77300 Merlimau, Melaka.
Tel: 019 - 6664948 ( Tn. Hj. Seman bin Deros )
017 - 6832162 ( En. Mohamad Saad bin Hj. Hassan)
Pakej: 1D1N at RM100 per pax
Aktiviti : Sarapan dan makan malam, Melawat Industri Dodol, Kompang dan Makanan Tradisional, Persembahan Kebudayaan.

Wednesday, April 8, 2009


Rumah Rehat Merlimau terletak kira-kira 24 km daripada Bandar Melaka merupakan tempat persinggahan bagi mereka yang membuat perjalanan melalui Merlimau. Antara kemudahan-kemudahan yang ditawarkan disini adalah seperti kemudahan penginapan dengan pelbagai jenis bilik, kemudahan seminar serta kemudahan 'audio visual'.
Bilik penginapan yang disediakan di lengkapkan dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan keselesaan para pengunjung.
Disamping menginap, para pengunjung juga berkesempatan untuk melawat destinasi pelancongan disekitarnya seperti Makan Tun Teja dan berkesempatan untuk menjamu selera di Medan ikan bakar di Serkam.
Setiap tempahan bolehlah menghubungi d'Legendcy Resort ditalian 06-2631675

Tuesday, April 7, 2009

Makam Tun Teja


Makam yang terletak di merlimau ini dipercayai Makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara Pahang. Beliau adalah tunangan Yang Dipertua Pahang iaitu Sultan Abdul Jamil. Mengikut Sejarah Melayu Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang oleh Hulubalang Hang Nadim untuk diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Hasil dari perkongsian hidup ini baginda berdua dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa pengunduran Sultan Mahmud Syah dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja telah mangkat dan dipercayai dimakamkan di sini iaitu di Solok Mentaja dengan penuh kehormatan.
Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi bahkan seorang isteri yang setia serta disayangi oleh Sultan dan telah menumpukan sepenuh taatsetia kepada negeri ini.
Beliau juga telah membangkitkan semangat kepahlawanan dikalangan wanita melayu negeri ini untuk turut sama mempertahankan negeri ini dari serangan Portugis, segala jasa dan pengorbanan beliau akan tetap dikenang buat selamanya.

Monday, April 6, 2009

Mesyuarat JKKK ChinChin 4/2009




Pada 4 April 2009 yang lepas JKKK ChinChin telah mengadakan mesyuarat kali ke empat di Balairaya Kampung ChinChin. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Penyelaras Komuniti BESTARI, wakil dari Jabatan Belia & Sukan, wakil dari Balai Polis Jasin serta Ahli JawatanKuasa. Hasil perbincangan pada hari tersebut, mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Gotong Royong Perdana pada 11 April 2009. Jabatan Penerangan telah bersetuju untuk memberi peruntukan sebanyak RM500.00 tanda menyokong usaha tersebut. Penyelaras akan cuba untuk upload gambar aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu nanti.

Friday, April 3, 2009

KEM LAMBAIAN DANAU


Kem Lambaian Danau terletak di Jasin, Melaka. Dengan keluasan 10 ekar, KLD dikelilingi dengan tasik air tawar seluas 105 ekar. Suasana di KLD sejuk, hijau dan berudara segar. Dari KLD, anda dapat melihat pemandangan indah Gunung Ledang.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semuanya berkonsep dan dekat dengan alam sekitar. Aktiviti dijalankan dengan pengawasan dan jurulatih yang mempunyai sijil kelayakan.

KEMUDAHAN DI KEM LAMBAIAN DANAU

Nama Dewan & Dataran Jumlah Peserta

Dewan Besar Seri Bahagia 800 pax
Anjung Kasih 200 pax
Anjung Tembusu 80 pax
Anjung Kayu 60 pax
Dataran Insan 400 pax
Dataran Gemilang 200 pax
Dataran Seri Bahagia 800 pax

Chalet, Tapak Khemah & Khemah

Tapak Puteri 80 pax
Tapak Putera 500 pax
Tapak Survivor 1 80 pax
Tapak Survivor 2 80 pax
4 men tent (igloo type) 300 nos
Bilik Pandan 1 & 2 2 nos
Bilik Bayu 1 & 2 2 nos
Bilik Rimbun 1 & 2 2 nos

Peralatan PA System di Dewan-Dewan & Dataran

PA System Dewan Besar
PA System Anjung Kasih
PA System Dataran Insan
PA System Dataran Seri Bahagia
LCD Projector di Anjung Kasih & Seri Bahagia




Kemudahan Aktiviti

- Kayak (Klinik Kayak, Kayak Race dan Kayak Safari)
- Bot (untuk memancing, mengambil gambar dan menikmati alam sekitar tasik)
- Rakit (Bina Rakit, Rakit Race, Rakit Marathon, Rakit Safari, Lake Exploration on Raft)
- Water Confidence (aktiviti wajib sebelum peserta dibenarkan untuk membuat aktiviti air)
- Obstacles-Run-Around-The-Camp
- War Game (hanya terdapat di KLD !)
- KLD Amazing Race, KLD Explorace, Danau Race ( trekking – treasure hunt etc)
- Compass Marching / Orienteering. ( Di Canyon seluas 200 ekar !)
- Jungle-Trekking (6 routes)
- Hiking / Jalan Lasak ( Ke Gunung Ledang ex Asahan)
- Survivor Camp
- Layang-Layang
- Telematch
- Permainan Tradisonal
- LDK and Indoor Games
- Bird Watching
- OTOS (One team, one spirit – great for teambuilding courses !)
- Fishing
Tapak Perkhemahan
dan Pusat Latihan Bina Semangat Tebat,
Kampung Chinchin, 77000 Jasin, Melaka
06-5246066 019-3682498
Emel : lambaiandanaukem@yahoo.com