Thursday, April 9, 2009

Homestay Kg. Pulai, Merlimau



KAMPUNG PULAI telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian Program Homestay Peringkat Negeri Melaka pada 3 April 1997 oleh Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Zin Bin Ab. Ghani, Ketua Menteri Melaka pada ketika itu. Kampung Pulai ini dahulunya dikenali sebagai Pulai Timur dan seterusnya ditukar namanya kepada Pulau Gupung.
Penempatan awal penduduk kampung ini adalah daripada golongan kerabat Daeng Talib pada tahun 1844. Kini kampung ini telah berubah dari aspek pendidikan, kemudahan infrastruktur dan ekonomi.
“Kampung Pulai Desaku Permai” merupakan slogan yang telah digunakan sebagai tarikan pelancong iaitu sejajar dengan pembangunan dan kemajuan kampung ini.
LokasiHomestay Kampung Pulai terletak kira - kira 25 km dari Bandar Melaka dan 15 km dari sempadan Muar – Johor. Untuk sampai ke Homestay Kampung Pulai para pengunjung boleh menggunakan Jalan Melaka – Muar atau Lebuhraya Empat lorong Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ).
Alamat:
HomeStay Kg. Pulai
Management Office Kg. Pulai,
KM 17, Kg. Pulai,
77300 Merlimau, Melaka.
Tel: 019 - 6664948 ( Tn. Hj. Seman bin Deros )
017 - 6832162 ( En. Mohamad Saad bin Hj. Hassan)
Pakej: 1D1N at RM100 per pax
Aktiviti : Sarapan dan makan malam, Melawat Industri Dodol, Kompang dan Makanan Tradisional, Persembahan Kebudayaan.

No comments: